Bahan Inti
1-2 cawan daging/ayam/udang dikisar
1 inci halia diketuk
2 labu bawang besar ( mesin kering /potong dadu kecil)
4 ulas bawang putih ( mesin kering bersama bwg besar/ cincang halus)
2 s/b rempah kurma
2 s/b rempah kari
1 s/b serbuk jintan manis
3 s/b minyak utk menumis
1 batang seleri dipotong halus( jika suka)
Ramuan menumis - bunga lawang,kulit kayu manis, daun kari
garam dan gula secukup rasa
Daun bawang dimayang kecil
Cili merah dihiris halus
Daun sup
Bawang goreng
Berus - Daun pandan dipotong 2 dan carikkan sbg berus utk menggris acuan kuih.
Cara-cara memasak inti:
1. Tumiskan bahan tumis. Masukkan bawang, masak hingga layu. Masukkan rempah dan sedikit air. Masak sehingga wangi.
2. Masukkan daging/ayam dan kacau hingga sebati.
3. Masukkan seleri, garam dan gula dan biarkan mendidih dan kering.
4. Bila telah kering, angkat dan sejukkan.
Bahan bater
4 cawan tepung gandum (2 cwn tepung T45 dan 2 cwn tepung T55)
1 cawan santan pekat
1 cawan susu cair kotak 1.5%
4 cawan air
2 biji telur
garam dan gula
pewarna kuning
4 sudu besar esen vanila
Cara-cara:
1. Ayak tepung ke dalam mangkuk, tuang santan, susu dan gaul rata. Masukkan bahan-bahan ke dalam mesin basah dan mesin. Kemudian masukkan telur,garam dan gula secukup rasa dan terus mesin hingga hancur. Untuk dapatkan adunan yang betul-betul sesuai, tapis bater agar tidak berbintil-bintil. Biarkan selama 1/2 jam agar tepung sebati dgn air.
2. Masukkan sedikit bater ke dalam bekas bermuncung (bg memudahkan utk menuang ke dlm acuan kuih cara).
3. Minyakkan acuan kuih cara dgn berus atau daun pandan dan panaskan menggunakan api sederhana. Bila acuan sudah cukup panas, tuangkan adunan.
4. Masukkan sesudu kecil inti.
5. Taburkan hirisan cili merah, daun bawang dll hiasan. Tutupkan acuan dgn tudung periuk. Biarkan selama 10-15 minit sehingga masak ( adunan akn lekang dari tepi acuan).
6. Apabila masak, keluarkan. Ulang cara 3,4,5,6.
Nota: Jika kuih agak keras, tambah sedikit santan cair atau air. Ini kerana lembutnya kuih bergantung pada kelembapan tepung yg digunakan.
A bunch of thanks to Pn. Asma for sharing the recipe with the rest of us! Appreciate it!











